« April 2007 | Main | February 2008 »

DEBAT KEMERDEKAAN 2007

Setelah UIAM berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Debat Alam Sekitar sekitar bulan Julai yang lalu, tugas dan tanggungjawab yang lebih besar adalah untuk meneruskan rentak kemenangan dalam Debat Kemerdekaan a.k.a Arkib yang diadakan tidak sampai 2 minggu selepas Debat Alam Sekitar. Tambah menggerunkan apabila UIAM membariskan nama-nama pendebat yang boleh dikategorikan sebagai agak muda, baru dalam dunia debat inter varsity serta tidak dikenali atau sepopular Abg Daud, Abg Jepp dan lain-lain. Apabila pengumuman team dibuat, team Arkib UIAM terdiri daripada diri ini, Abg Syazwan, Pijat dan Non. Kalau diikutkan dari segi pengalaman dari segi posisi, team ni semuanya terdiri daripada 1st speaker dan 2nd speaker. Wah, tahniahlah, tak dak 3rd speaker!!

Sudahlah diri ini yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin pasukan, memang 1 amanah yang harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sepanjang training, diri ini yang diletakkan sebagai 3rd speaker, wah, harus berubah karektor secepat mungkin. Daripada seorang 1st speaker yang agak skema, terlalu berstruktur dan tak pandai mengusik, akhirnya diri ini berubah menjadi seorang yang cOba membuat lawak, kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tak, offensive dan over sekali sekala (berdasarkan pemerhatian ramai orang). Apa boleh buat, demi nama UIAM serta harapan para penasihat dan jurulatih, segala-galanya perlu dilakukan sebaik mungkin.

Team Arkib bertolak ke UNIMAP, Perlis bersama En Khair, Kak Kiah, Abg Shun, Abg Syatir,Kak Azie, Zaki dan team Alam Sekitar (kecuali Nana) berserta Abg Naim, driver Kiffah Travel yang sangat baik dan friendly. Sampai kat Perlis dah lewat malam, tak join pun dinner yang dikatakan ada tarian poco-poco tu. 

Besoknya, perjuangan bermula. Dengan line up 1st Syazwan, 2nd Pijat, 3rd diri ini dan diri ini juga yang akan bangun menggulung, harapan kitorang semua adalah untuk memperoleh kemenangan dalam ketiga-tiga match pada hari pertama untuk memudahkan laluan pada keesokan hari. Tatkala panggilan pasukan dan pengesahan ahli pasukan, tatkala nama kami berempat disebut, semua orang memandang sinis, pasti semua orang menyangka kami ni budak baru yang mudah dibaham. Tak pa, kitorang menjunjung kata-kata Kak Maz, memandangkan kitorang semua muda dan baru, orang akan underestimate dan waktu tu lah kita akan tunjukkan taring dan kehebatan kita yang sebenar. Tunggu dan lihat.

1st macth, UIAM lawan UTP. Tajuk yang paling tidak dikehendaki keluar, blogging, and kitorang jadi pembangkang. Dah larr nak kena bekas teammate waktu kat koleq dulu, si Hairul, haruslah berjaga-jaga. Debat berlangsung. Hasilnya, dengan bilik yang sangat panas, peluh menitik-nitik, performance yang macam lahar jer and kitorang rasa macam kalah jerr, keputusannya kitorang menang 3-0, margin 5, best speaker diri ini. Selamat. Namun formation team diubah. Pijat direhatkan dan Non dimasukkan untuk 2nd match.

2nd match, lawan UMT. Tajuk yang sepatutnya telah dipotong sedari awal namun dimasukkan semula di saat-saat akhir, tajuk pasal Amerika Syarikat. Memang kitorang buat kes berdasarkan apa yang kitorang tau and facts pun yang kitorang agak-agak ingat tak ingat and rasa macam betul. Waktu nilah muncul celahan legend daripada Abg Syazwan. Huhu. Debat yang tidak terlalu hangat itu menyaksikan kitorang menang 2-1 jerr, margin sampai 9, best speaker diri ini. Aikk, pihak lawan mencelah 1 kali sepanjang perdebatan pun boleh jadi juri sampai 2-1 ke? Tak pa lah, kitorang bersyukur dan prepare untuk next round.

3rd match, lawan UDM. Dah petang, dengan penat dan sakit kepala, lawan pulak tajuk yang menuntut retorik, pasal perjuangan mahasiswa. Dengan 1001 percanggahan, dan bidasan yang dirasakan tak sharp, diri ini perform agak larr teruk. Waktu match ni Non perform agak baik dan semua orang target Non best speaker. Bila announce result, Alhamdulillah, kitorang menang 3-0, margin tak ingat, best speaker diri ini. Wahh, layak ke? Huhu.. Terus Abg Daud and Abg Zaki emos apasal diri ini yang dapat best speaker, siap unanimous pulak tu, jangan marah. Apa-apa pun, bersyukur kepada Tuhan.

Petang tu makan seafood kat Kuala Perlis. Sangat sedap dan sangat kenyang. Post mortem dijalankan untuk kaji salah silap kitorang sepanjang hari ni so that tak ulang lagi untuk keesokan harinya.

Keesokan harinya, 4th match lawan UNIMAS. Tajuk pasal guru dan modal insan. Kesilapan strategi kerana tidak meluaskan konsep modal insan sewaktu awal bangkangan kes pembangkang menyaksikan kitorang akhirnya kalah 2-1, margin tak ingat, best speaker Norafidah, UNIMAS. Walaupun Abg Shun kata tahap sinikal diri ini dan bidasan dah banyak improve untuk match kali ini, malah teknik menukar suara untuk membidas Norafidah telah menyebabkan dia emos, hakim-hakim nampaknya tidak mampu untuk melawan sentiment betapa guru adalah insane yang bertanggungjawab untuk menyediakan modal insan. Down sekejap, tapi segera bounce back untuk next macth. Kitorang perlukan 1 lagi kemenangan untuk layak ke quarter.

5th macth, sekali lagi menentang UDM. Tajuk pasal dasar pecah dan perintah. Berdebat di bilik yang sangat panas, hasilnya debat tu hangat pasal suasana yang hangat, bukan hangat pasal hujah atau bidasan yang mantap. Keputusannya, kitorang menang 2-1, best speaker diri ini. Alhamdulillah.

6th macth, lawan UMS. Waktu kat Alam Sekita, round 6 pun lawan UMS. UIA menang tapi best speaker terlepas kat Lailatul Qamar, pendebat wanita UMS. Kali ni di Arkib, kitorang berdepan dengan team UMS yang menjadi Johan Debat IKIM 2006, cuak larr gak. Tapi dengan penuh keazaman, kiotrang  lawan jerr. Tajuk iklan,Syazwan  hustler tajuk-tajuk hiburan ni so dia memang supply facts kat diri ini dan Non jerr sepanjang perdebatan. Mantap!! Dan disebabkan kemantapan Syazwan dan kepenatan diri ini, penggulungan diserahkan kepada Syazwan dan Syazwan melakukannya dengan baik sekali. Hebat!! Silent round, besok baru tau result.

Hari ketiga di Perlis, keputusan match round 6, kitorang menang 2-1, best speaker diri ini. Syukur ke hadrat Ilahi. Kitorang berada di ranking ke-3 keseluruhan, bawah UiTM dan UM.  Tatkala pengumuman overall best speaker dan ranking top 10 best speaker, diri ini berjaya meloloskan diri di ranking ke-5, berkongsi score yang sama dengan Mon.  Alhamdulillah. Oh lupa, untuk knock out round, Non direhatkan dan Pijat dimasukkan.

Quarter final, menentang USM. Tajuk pasal semangat Za’ba. Kitorang jadi pembangkang, agak terkejut dengan kes kerajaan tapi kitorang dapat cope dengan konsep longgar kerajaan. Keseluruhan debat tu ok jerr, Cuma biasalah ada kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan dan seperti biasa, kitorang dapat detect kesilapan pihak lawan yang paling besar di akhir-akhir dan di hujung perdebatan, kalau tak waktu membidas, ak pun waktu debat terbuka, tak pun waktu penggulungan. Keputusannya, kitorang menang dengan juri 2-1, best speaker diri ini. Alhamdulillah. Next round pasti lebih berbahaya.

Semi final. Lawan UM. Risau sikit lawan UM ni, coz dah pernah kalah dengan UM waktu semi integrity awal tahun ni. Tapi, apa nak cuak, lawan and belasah jerr lah. Tajuk khidmat negara. Kitorang kerajaan. Debate tu keseluruhannya ok, malah seronok pulak bila diri ini dapat usik Otel sampai berpeluh-peluh dia and Nampak emos semacam, tapi kesilapan kitorang waktu ni adalah tak attack alternative yang diorang bagi. Plus tak downgrade bidasan Otel. Tapi semestinya debat tu sangat fight. Keadaan sangat-sangat 50-50. Bila umum result, best speaker Otel, diri ini rasa rak sedap hati dah. Dengan juri 3-2, kitorang kalah, dengan margin 2 jerr. Sedih sangat. Tapi apa boleh buat, dah tercatit kat Loh Mahfuz yang rezeki kitorang sampai semi jer..

Apa-apa hal pun, tahniah kepada UiTM for being the champion for this debate, congrats too to UM for being the finalist this time.  Kalau kat Alam Sekitar, rekod tercipta UIAM menang hatrick, kat Arkib pun rekod tercipta apabila hatrick UIAM terkandas di semi final, since 2005 sampai larr 2007. Nak buat macam mana, segala-galanya telah ditakdirkan. Anyway, diri ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas teammates; Abg Syazwan, Pijat dan Non. Untuk makluman, kitorang berempat adalah pelajar Tahun 1, 3 orang pelajar jurusan Undang-Undang dan seorang tersesat dari Kuliyyah Kejuruteraan. Huhu.. Korang memang best!!

Kepada coaches dan advisors yang sentiasa membantu secara langsung mahupun tak langsung, yang membantu dari jauh mahupun dekat, terima kasih yang tidak terhingga kepada korang semua. Kepada team Alam Sekitar dan Zaki bakal presiden KDBM, terima kasih kerana datang untuk support kiotrang kat Perlis tatkala ramai orang yang pergi ke Kuantan, masih ada yang sudi memberi sokongan kepada kami, terima kasih banyak-banyak. Kepada senior, teman dan adik-adik dari CFS yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat, terima kasih sangat-sangat. Jasa korang semua sentiasa dihargai.           

                            

DEBAT ALAM SEKITAR 2007

Debat Alam Sekitar (DAS) 2007berlangsung di USIM, Nilai. UIAM membariskan Abg Daud selaku kapten pasukan, Kajol, Mek and Nana. Selection yang dijalankan serentak dengan pemilihan pasukan Debat Kemerdekaan a.k.a Arkib 2007 membolehkan kedua-dua team training berdua, dengan disaksikan oleh coaches yang setia dan 2,3 orang senior, tidak dilupakan adik-adik dari matriks uia a.k.a cfs yang datang sekali sekala. Pelbagai isu, kontroversi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua pasukan namun semangat terpaksa dikuatkan demi membawa nama UIAM dan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas bahu kedua-dua pasukan.

Allah itu Maha Mengetahui, untuk menutup mulut-mulut yang acapkali  menyampaikan perkara-perkara yang mmebawa kemudaratan, pasukan Debat Alam Sekitar UIAM untuk 2007 telah berjaya menjadi johan sekaligus mempertahankan gelaran Johan untuk 3 tahun berturut-turut, hatrick. Bukan senang nak buat rekod hatrick tau. Dengan juri 5-2, UIAM diisytiharkan johan tatkala menentang UKM di peringkat akhir. Tambah menggembirakan apabila Abg Daud akhirnya berjaya menyandang gelaran pembahas terbaik pertandingan peringkat akhir setelah gagal berbuat demikian sebelum ini. Tahniah kepada pasukan DAS UIAM 2007, tahniah juga kepada para penasihat, jurulatih-jurulatih, senior debaters, senior, penyokong-penyokong, baik dari Gombak mahupun dari PJ.

DEBAT FOMCA 2007

Selection untuk Debat Kepenggunaan a.k.a Debat Fomca  dijalankan. Tak ramai yang datang. Sikit jerr. Dah larr lepas selection tu kena kejar bas ke Debat Pantai Timur, buat kat UiTM Dungun. Bukan pergi nak bertanding, tapi nak tolong team UIA Kuantan, diorang baru 1st time nak masuk. Pasal dalam team tu ada Kak Haneen, dia yang mintak tolong sangat-sangat, so terpaksalah pergi gak.

Anyway, selection selesai. Yang dapat Abg Syazwan, Kajol, Nun dan diri ini. Dapat tau pun through sms, Mumu bagitau, coz waktu dapat tau tu pun dah ada dalam bas, baru nak gerak. Alhamdulillah dapat. So training seperti biasa, Cuma mungkin kali ini effort lebih sikit kot coz kitorang semua buat factsheet untuk setiap tajuk, atas arahan kapten, Abg Syazwan selaku orang yang paling tua dalam team. Ehem, ehem..

So, bila tiba waktu pertandingan, kitorang diiringi Abg Syatir dan Kak Azie. Kak Kiah kena jaga team IIC yang baru 1st time masuk tournament besra macam ni. Ntahlah, tak berani nak komen sangat Debat Fomca ni. Team ada sampai 20 lebih kot, nam masuk 30 pasukan coz institute perguruan, IPTS dan kolej matrikulasi dibenarkan masuk bertanding. Tapi ada 5 pusingan awal saja, which is agak larr crucial, kalau menang 4 pun belum tentu masuk quarter lagi. Cuak geLL.

1st match lawan IPKB, maybe pasal baru nak warm up kot, semua orang perform sangat teruk and terlebih masa, tak bangun mencelahnya, akhirnya kitorang menang 2-1 jerr, margin tak ingat. And for the 1st time diri ini satu team dengan kajol, diri ini dapat best speaker. Terkejut gak, tapi Alhamdulillah.

2nd match lawan UM. Wahh, cuak larr gak nak lawan UM. Dah larr semua team antar yang senior-senior tak beringat punya.  UM dibarisi Otel, Ali Asyraf dengan budak baru, tak ingat sape nama dia. Alhamdulillah, kitorang boleh pulak perform dengan baik and menang match tu, sekali lagi hanya dengan 2-1. Kajol best speaker. Dia dah start dah.

3rd match lawan UKM, petang, hari yang sama. Kepala dah start pening. Otak dah penat tapi kena push gak untuk match ni. Dengan tajuk yang agak larr lahar dan memeningkan, diri ini dengan Syazwan memang blur sepanjang debate tu. Kajol jerr yang bangun mencelah, kiotrang pun tak paham apa yang dia paham. Walaupun match tu lawan member kitorang, Aria and Anis jerr, tapi ntah larr, tak boleh pick up langsung apa yang diorang argue. Tapi rezeki dah tertulis kan, kitorang menang 3-0, kajol best speaker.

4th match lawan UMS, keesokan harinya. Tajuk yang diri sendiri buat research, pasal rokok. Haruslah banyak geLL facts keluar. Namun akhirnya, disebabkan beberapa kesilapan waktu tengah debate tu, kitorang kalah 2-1. Sedih ok. Hani UMS best speaker.

5th macth lawan USIM, cuak ni. Harus menang untuk layak ke quarter. Rasanya debate tu tak larr fight pun tapi kitorang menang 2-1 jerr. Tak sure sapa best speaker, silent round. Waktu tengah tunggu result debate round 5 tu, sempat lagi berkira-kira kalau kiotrang kalah match tadi, kiotrang akan jadi team UIA yang ke berapa tak layak ke quarter. Alhamdulillah, Allah masih mahu kitorang meneruskan perjuangan di quarter. Hampir-hampir tak masuk quarter tau coz kiotrang ranking number 6. Terhina larr pulak. Tapi tak pa, perjuangan harus diteruskan.

Quarter lawan UiTM, dibarisi oleh Mahzuan, Nizam (Bonat) and Mon. Cuak larr gak, Mon and Nizam baru champ integrity, Mahzuan and Nizam pun menang Royal Junior tahun lepas. Harus kitorang kena berjaga-jaga. Debate tajuk pasal fast food. Rasanya semua dah perform dengan baik. Tempat kiotrang lawan tu penuh dengan orang, semua nak tengok kitorang lawan. Tapi by the time Mon bangun lepas Kajol, kitorang macam lemas semacam, tak tau kenapa. Then silap diri sendiri waktu gulung tu, tak attack Mon punya bidasan betul-betul, lepas selesai menggulung tu,  rasa gelabah semacam. Macam ada yang tak kena. The n bila announce result, tahniahlah, kitorang kalah 4-1 margin 1. Sangat sedih. Tapi lepas lawan UiTM, diri ini sangat banyak belajar, lebih-lebih lagi lepas tengok UiTM lawan UM waktu semi final. Ali Asyraf sangat bagus waktu match tu.

Anyway, tahniah kepada UM coz jadi champion Debat FOMCA 2007, tahniah gak kat UNITEN coz dapat mara ke final and jadi tuan rumah yang baik. Tempat tido and makanan best, Cuma LO or usher kitorang jerr yang tak mesra alam, sangat garang pulak tu. Huhu..jangan marah. To my beloved ex-teammates; Abg Syazwan yang asyik keluar facts Syarikat Apple dia, Kajol dengan Syarikat Lafarge dia and Non yang emos kalau orang tak tengok dia waktu debate, korang memang best, Cuma mungkin tak dak rezeki kita waktu tu. Huhu.. Kepada semua advisors, coaches, seniors and friends yang datang tengok kitorang debate, thank you for the support.    

PPM 2007...SAKTI yang hilang saktinya..

PPM 2007..hmmm…1 harapan yang cukup besar buat kontinjen MCKK a.k.a koleq untuk beberapa perkara.

1.       Basketball- untuk mempertahankan kejuaraan sejak 2004.

2.       Debat Bahasa Melayu pulak, untuk mneeruskan siri kejuaraan sejak menang di PPM Zon Utara dan Debat Piala UIAM  2007

3.       English Debating Team semakin tertekan, kerana mereka juga perlu menang sekurang-kurangnya 1 lagi piala selain daripada Johan PPM Zon Utara untuk menyamai rekod dengan budak-budak debate BM.

Begitulah harapan yang dibawa ke PPM di SAKTI pada penghujung bulan Mei yang lalu. Keputusannya, semua sedia maklum, Cagers (basketball koleq) seperti biasa menjadi johan tanpa saingan di pertandingan akhir, menang mudah dengan score 3 digit hatta team tahun ni bak kata Mr Liew, tak lar kuat macam team-team sebelum ni, tapi inilah yang dinamakan rezeki.

For English Debating Team, you guys made a great achievement coz manage to reach to the semi final and perform well in the semis even the judge decided to give the winning to STAR. Congrats to Ed as the captain, Nab yang makin membesar, Zulikhwan yang semakin nakal waktu semi tu and Rashad as the reserve for the team. Even though korang tak menang di mata hakim, korang dah menang di hati kitorang semua (cikgu,old boys and supporters).

Untuk adik-adik debate BM, sabarlah. Mungkin rezeki korang dah tertulis di Loh Mahfuz bahawasanya korang akan tewas di 1st quarter sejak tahun lepas lagi. Dan kali ini korang ditakdirkan tewas di tangan SASER, sekolah yang tidak pernah dijangka mampu memberi saingan akhirnya menewaskan korang dan membuatkan korang semua menangis. Tak pa lah, Allah itu Maha Adil, walaupun korang semua dah perform dengan baik waktu 1st quarter tu, Aslam bukak kes dengan sangat baik, Alleng yang pandai mengusik dan Fendy yang semakin improve dari segi bidasan, penggulungan Aslam yang sangat menyentap seolah-olah telah memberikan petanda bahawa 2nd quarter sedang menanti untuk bertemu dengan SAINA, lawan favorite korang, tapi apakan daya, hanya kerana ‘kognitif’ dan ‘PIPP’ akhirnya perjuangan Aslam dan Aleng selama 5 tahun terhenti begitu sahaja.

Bila kalah semua menangis. Benar, semua orang berasa kecewa dan berasa sengsara. Benar, semua orang ada tekanan dan semua orang ada perasaan. Namun selaku hamba Allah yang sentiasa diuji oleh Tuhannya, Allah sekadar ingin melihat, bagaimanakah kita mampu mendepani segala cabaran dan dugaan yang mendatang dan mengekang? Menuding jari kepada sesiapa sahaja yang diingini atau duduk bermuhasabah diri?

Ada 1 keadaan yang ingin saya puji, pertama kali saya melihat dengan mata sendiri. Apabila kitorang kalah PPM 2004 kat Syed Putra, diri ini dan yang lain-lain teresak-esak menangis. Tiba-tiba semua orang dikejutkan dengan bacaan Yaasin oleh Zaim, sambil air mata mengalir, Yaasin dialun dengan penuh rasa rendah diri, memohon petunjuk dari Ilahi.  Mungkin kita semua acapkali memperlekehkan tindakan Zaim yang gemar membaca Yaasin, namun sekiranya tabiat Zaim itulah yang mampu membuatkan beliau berjaya sehingga sekarang, kenapa tidak kita contohi apa yang terbaik daripada tabiatnya.

Tapi tak perlu larr korang buat sajak khas untuk semua cikgu koleq macam dia buat waktu Teacher’s Day hari tu, itu OVER namanya. Tapi begitulah adat resam dunia. Hidup ini umpama roda, sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Tatkala kita berada di atas, adakah kita akan bangga diri sehingga lupa segala yang ada di atas muka bumi? Dan tatkala kita berada di bawah, adakah kita sudah putus asa sehingga merasakan diri lemah dan hanya pandai berkeluh kesah?  Renungkan bersama…

TEACHERS

Cikgu Sharifah Norazam

Cikgu Umikalthum

Cikgu Azfa

Cikgu Safaliza

Cikgu Azmi Ali

OLD BOYS

Mr Rafizi Ramli

Mr Syahril Nizam

Mr Farquar Haqqani

Mr Bukhari Yusof

Me, myself..

TEAM (BM and ENGLISH)

Aslam

Ed

Aleng

Nab

Fendy

Zulikhwan

Rashad

Aqwa

Fido

Yuhaikal

Nash

Aniep

Shahir

GOOD LUCK UNTUK TAHUN DEPAN!!!! WAKARASE!!!!

kembali menulis..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Setelah sekian lama tidak menulis di sini, pada kesempatan cuti raya ini, diri ini mengambil ruang dan peluang untuk menulis sedikit sebanyak tentang beberapa peristiwa sepanjang masa dan waktu berjalan, selepas pertandingan Debat Piala UIAM 2007 a.k.a Inter-school Debate IIUM 2007.